Baru-baru ini, Fasha Sandha baru saja selamat bersalin bayi perempuan yang comel dan putih gebu, Aisha Amaira.

Selepas Aisha lahir, pengikut Fasha turut meningkat ke lima juta orang pengikut di laman Instagram. Difahamkan, Fasha memaklumkan dia tidak akan membuat akaun Instagram untuk anak-anaknya dan semua gambar akan dikongsi di akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, ramai yang memuji kecantikan Aisha seperti wajah Fasha semasa dia pertama kali berkongsi wajah anaknya kepada umum.

Terbaru, Fasha berkongsi cerita bahawa ramai yang mengatakan wajah Aisha seperti wajah suaminya, Aidil.

“Ramai cakap baby Aisha Amaira Muka Ayah, Alhamdulillah mata dengan bibir ikut ibu. Yang penting baby Aisha sihat,” tulisnya.

Untuk pengetahuan anda, Aisha Amaira merupakan anak pertama Aidil dan Fasha selepas berkahwin pada 30 Mac 2019.

Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7 tahun, dan Putri Raysha Jemyma, 6 tahun, hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: Gempak, IG Fasha Sandha