Kanak-kanak diibaratkan sebagai ‘kain putih’ dan mudah dicorakkan mengikut apa yang mereka belajar seharian daripada ibu bapa serta guru.

Seorang pengguna Twitter, Hanisah, berkongsi video mengenai adik sepupunya yang pandai membaca hadis dan terjemahannya sekali.

Difahamkan, video mengenai kanak-kanak comel itu mendapat ulang kicau (Retweet) sebanyak 29 ribu dan Likes sebanyak 30 ribu di laman sosial tersebut.

Menurut Hanisah, adik sepupunya gemar membaca berulang kali setelah belajar, dan semua hadis yang dikongsikan adalah hadis yang dia belajar di Tadika Pasti.

“Umi dia kata, sejak masuk tadika, setiap kali balik mesti dia baca ulang kali apa yang belajar haritu,” ujarnya.

Selain itu, warga laman sosial turut memuji kebolehan kanak-kanak berkenaan yang mampu menghafal hadis dan berdoa semoga adik comel ini sentiasa istiqomah dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

Sumber: Twitter Hanisah