Baru-baru ini, permainan game popular, Player Unknown’s Battleground(PUBG) Mobile, menaikkan kemarahan umat Islam apabila mencipta kotak mirip Kaabah semasa memperkenalkan ciri terbaru, Birthday Crate.
We appreciate your feedback on the Birthday Crate, and we apologize for this oversight. We will redesign the Birthday Crate and release it soon. Thank you for your continued support of PUBG MOBILE.
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) March 22, 2019
Malah, kotak tersebut boleh ditembak menggunakan senjata lebih menambahkan kemarahan pengguna beragama Islam hingga pihak PUBG memohon maaf dan mengubah rekaan kotak berkenaan dalam masa singkat.

twitter.com
Difahamkan, kotak tersebut diperkenalkan sempena sambutan ulang tahun satu tahun permainan itu dicipta.
Ramai pengguna permainan itu memadam permainan PUBG Mobile di telefon pintar mereka serta menandatangani petisyen di Change.org yang menuntut Tencent mengeluarkan permohonan maaf. Kempen tersebut berjaya mendapat lebih daripada 4,000 tandatangan orang ramai.
Berikutan itu, PUBG Mobile mengambil tindakan lanjut dengan mereka semula bentuk kotak Birthday Crate baru dalam masa sehari selain menulis permohonan maaf dalam talian di akaun rasmi Twitter mereka.
Sumber: mStar