Ramai orang berebut untuk membuat kebaikan untuk mencari pahala sebagai bekalan di akhirat kelak. Ketua Projek Aplikasi Tilawah Asyraaf, Dr Unaizah Hanum Obaidellah, membangunkan aplikasi bagi membantu kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) mengenali al-Quran.

“Kami lakukan ini juga sebagai bekalan amal kebajikan tatkala kami sudah tiada kelak. Semoga setiap amal kebajikan kami ini diterima Allah,” ujarnya.

Menurut pensyarah di Jabatan Kepintaran Buatan (AI), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya (UM), Dr Unaizah Hanum, idea mengenai aplikasi tersebut muncul apabila melihat pembelajaran kanak-kanak OKU untuk mengenali huruf dalam al-Quran secara manual.

Selain itu, usaha kumpulan penyelidik itu bukan saja kaedah alternatif untuk membantu kanak-kanak OKU, malah ia juga sebahagian daripada kerja amal mengembangkan syiar Islam.

Sumber: Harian Metro