Baru-baru ini, CIMB Bank telah sekali lagi mengalami masalah teknikal. Setakat tahun ini sahaja, sudah beberapa kali CIMB Bank mengalami masalah melibatkan teknikal serta pembayaran. Perkara ini sekali lagi berulang dimana orang ramai kurang berpuas hati dengan servis bank ini.

Berikutan isu yang berlaku, pihak CIMB telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank kini mengalami masalah teknikal melibatkan beberapa sistem pembayaran kad kredit secara atas talian.

Walau bagaimanapun, pihak CIMB telah pun mengambil maklum mengenai isu serta memohon maaf kepada pelanggan yang terlibat. Para pelanggan juga dinasihatkan untuk menggunakan kaedah pembayaran berlainan melalui CIMB Clicks, CIMB BizChannel atau servis layan diri.

Susulan dari isu yang berlaku itu, para netizen juga turut meluahkan kekecewaan yang membuatkan urusan seharian mereka terganggu. Berikut antara yang dikongsikan di laman Twitter.

Diharap pihak CIMB dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi memudahkan orang ramai menyemak baki akaun serta membuat pembayaran kad kredit secara atas talian.

Sumber: The Vocket