Sejak dua tahun lalu, pelakon, Cico Harahap telah menghidap penyakit misteri. Penyakit itu dikatakan misteri kerana ia membuatkan Cico sukar bertutur dan membaca sejak dua tahun lalu. Walau bagaimanapun, Cico kini sudah boleh membaca dan menghafal.

Ibunya yang juga pelakon dan penyanyi era 1970-an, Uji Rashid memberitahu, Cico, 40, bagaimanapun memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

“Ada yang bertanya dan menawarkan Cico berlakon… Buat sementara ini, saya masih belum boleh melepaskan dia lagi. Ini kerana dia perlu menjalani beberapa rawatan susulan.

“Daripada segi membaca dan menghafal, Cico sudah boleh. Malah, tahap kesihatannya sudah lebih 80 peratus pulih,” katanya kepada BH Online.

Uji Rashid berkata bahawa Cico ada memberitahu hasratnya untuk berlako semula tetapi itu memerlukan sedikit masa sebelum kembali aktif berlakon. Sehubungan itu, Cico berharap dia masih ada peluang untuknya kembali beraksi di kaca televisyen (TV).

“Selain bersukan di gimnasium, saya suka rakam foto dan membawa anak-anak menonton filem.

“Saya selalu mengikut emak ke majlis-majlis untuk kembali menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling selain bertemu orang ramai.

“Daripada saya habiskan masa memerap di rumah, sekurang-kurangnya saya dapat pulihkan keadaan dan lupakan apa yang saya alami,” katanya.

Sumber: BH Online