‘Demam’ cerita filem antarabangsa, Avengers: Infinity War melanda di negara sejak Khamis lalu hingga kebanyakan tayangan di panggung wayang penuh sejak ia ditayangkan.

Kepada sesiapa yang telah menonton, anda pasti tertanya-tanya apakah maksud pengakhiran cerita Avengers kali ini memandangkan ia agak sukar difahami.

Menurut seorang lelaki di laman Facebook, Ferham Fareq, dia berkongsi penerangan mengenai pengakhiran cerita tersebut berdasarkan kefahamannya sendiri.

Ferham menerangkan beberapa karakter dalam filem popular itu berdasarkan plot-plot yang ada dalam filem secara lebih mendalam.

Pertama, dia menerangkan mengapa karakter Thanos menjadi sedemikian rupa dan sebab utama dia mahu memiliki infinity stones.

Menurutnya, Thanos hanya mahu menstabilkan kehidupan dan sumber mineral hingga sanggup membunuh sesiapa yang menghalang dirinya daripada memiliki kesemua infinity stones itu.

Kedua, Ferham menjelaskan peranan karakter Dr Strange dalam Avengers kali ini dan Dr Strange telah melihat masa depan semasa bertapa hingga dia berkata mereka hanya mempunyai satu cara untuk membunuh Thanos tetapi tak sempat untuk memberitahu dengan lebih lanjut.

Mungkin satu cara yang dimaksudkan ialah dengan membiarkan Thanos memiliki kesemua infinity stones dan sempat memetik jari dari Gauntlet tersebut.

Selepas itu, Ferham turut menjelaskan mengenai karakter Red Skull (Hydra) dari siri Avengers terdahulu yang terlebih dahulu mencari infinity stones berbanding Thanos.

Difahamkan Red Skull tak dapat memiliki soul stone memandangkan dia terperangkap di planet Volmir keseorangan jadi dia tak dapat korbankan sesiapa untuk mendapatkan soul stone itu.

Persoalan mengapa seorang dwarf iaitu Eitri dibiarkan hidup oleh Thanos adalah mungkin kerana Thanos akan kembali ke planet Nidavellir dan mencari Eitri untuk membuat Gauntlet baru untuknya.

Terakhir sekali, Ferham mengandaikan Captain Marvel akan muncul dalam Avengers akan datang dan dia mampu membunuh Thanos kerana dia lebih kuat berbanding Thor serta paling kuat dalam Avengers.

Ini merupakan ulasan dan pandangan Ferham mengenai filem Avengers: Infinity War. Terpulang kepada pembaca jika anda setuju dengan ulasan yang diberikan oleh lelaki ini atau tidak.

Sumber: Fb Ferham Fareq