Pelakon berdarah kacukan, Catriona Ross atau nama penuh Catriona Norhayati Bahrin Ross, kini kelihatan semakin langsing persis anak dara walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Menurutnya, selepas dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram (kg) dalam masa lima bulan, kini dia masih berusaha untuk mengekalkan berat badannya dengan bersenam dan menjaga pemakanan.

Catriona turut berkongsi tips untuk anda di luar sana yang mahu kurus secara semulajadi tanpa pil kurus dan pembedahan di bawah ini:

1. Mendaki gunung

Disebabkan dulu dia mahu menurunkan berat badan dengan cepat, Catriona mengambil keputusan untuk menyertai kelab mendaki gunung dan hampir setiap minggu pergi mendaki.

2. Berenang & bersenam

Selain itu, dia banyak melakukan aktiviti luar seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan proses penurunan berat badan. Pokoknya, anda kena rajin bersenam jika mahu kurus.

3. Makan makanan sihat

Difahamkan, Catriona mengamalkan diet makan makanan sihat iaitu eat clean diet selama lima bulan. Disiplin kena jaga okay, jangan lemah dengan makanan berlemak!

4. Beras perang

Semasa proses penurunan berat badan, Catriona tetap makan nasi namun dia makan brown rice yang dimakan bersama lauk-pauk dimasak tanpa minyak.

5. Makanan kukus tanpa minyak

Selain itu, dia juga hanya makan makanan yang dikukus serta digoreng tanpa minyak. Banyak lagi idea lauk-pauk yang anda boleh masak untuk tidak jemu makan lauk sama setiap hari.

Sumber: Hijabista