Minggu lalu, seorang lelaki tular di laman sosial apabila usahanya mencari jodoh dengan menggantung poster di tepi jalan menarik minat warga laman sosial.

Nooraziro Abdullah, 35 tahun, membuat keputusan untuk mencari bakal isteri dengan menggantung poster gambar beserta nombor telefon kerana dia mahu berkahwin dalam tempoh yang terdekat.

“Saya sudah menerima ratusan mesej WhatsApp dan panggilan daripada wanita untuk berkenalan,” ujar lelaki berasal dari Marang, Terengganu, itu.

“Malah ada yang mengirim gambar mereka dan moga usaha ini jalan terakhir untuk saya bertemu jodoh,” jelasnya.

“Selepas masuk surat khabar (Harian Metro), saya menerima ratusan WhatsApp dan panggilan daripada wanita untuk berkenalan,” katanya.

“Harap-harap dalam ratusan itu adalah seorang yang ‘sangkut’ sebagai isteri saya,” tambahnya.

Menurut Aziro yang juga merupakan seorang tukang rumah, ada di antara wanita berkenaan datang dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Terengganu.

Malah, mereka turut memuji usahanya menggantung poster untuk menamatkan zaman bujang.

“Malah, ada juga lelaki yang menghubungi saya bertanyakan idea berkenaan, mereka meminta izin untuk menggunakan cara sama sebagai jalan terakhir mencari jodoh,” sambungnya lagi.

Difahamkan, ibu bapa dan adik beradik Aziro tidak marah dengan tindakannya menggantung poster untuk mencari jodoh kerana keluarganya faham ia antara usaha dia mencari bakal isteri.

Sumber: Harian Metro