Musim perayaan sebegini akan meriah dengan pelbagai rumah terbuka yang dianjurkan oleh sanak saudara, rakan-rakan dan ramai lagi.

Jika anda mahu mengadakan rumah terbuka pastinya anda akan memasak menu yang paling cepat dan mudah dimasak. Mahu makan ketupat pulut atau lemang tetapi tidak mahu memasak dalam tempoh yang lama? Anda boleh cuba resepi pulut lemak di bawah ini yang hanya menggunakan rice cooker sahaja;

Bahan

1kg beras pulut
1 keping asam gelugur
1 kotak santan
1-2 helai daun pandan (simpul)
Secubit garam
Air secukupnya
Sedikit gula (terpulang)
Plastik aiskrim tahan haba/panas

Cara-cara

– Rendam beras pulut bersama garam, asam keping dan daun pandan selama lima jam. Rendam sekejap sahaja jika anda menggunakan beras pulut susu.

– Isi beras pulut ke dalam plastik aiskrim tahan haba/panas tetapi jangan letak penuh supaya santan boleh meresap ke dalam pulut apabila dimasak.

– Cucuk lubang pada plastik yang telah diisi beras pulut tadi.

– Masukkan ke dalam periuk nasi dan masukkan santan serta air hingga pulut tenggelam.

– Tambah sedikit gula ikut citarasa anda.
– Tutup periuk dan tunggu sehingga pulut masak.

– Bila air sudah kering, santan juga tiada dan pulut akan jadi berminyak.
– Apabila pulut sudah masak, angkat dan biarkan sejuk.
– Boleh dinikmati bersama rendang. Selamat mencuba! 😉

Sumber: Rasa & Fb Khairani Binti Ismail