Pintu yang mempunyai panel sememangnya menjadi pilihan orang ramai kerana ia kelihatan cantik, kemas dan mewah. Dengan pilihan warna yang tepat, anda boleh mendapat dekorasi rumah idaman pada harga lebih murah.

Seorang pengguna Facebook, Watie Hamidon, berkongsi cara mudah untuk anda ‘transform’ atau ubah pintu biasa menjadi mewah dengan menggunakan kayu panel sahaja di Fb Deko Viral.

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah kayu panel, cat, filler, pita pengukur, masking tape, gam kayu, berus dan sebatang pensel.

Langkah pertama, anda perlu mengukur jarak dan tandakan garisan untuk menampal kayu panel agar ia kelihatan lebih kemas dan teratur.

Langkah kedua, sapu gam di permukaan rata kayu panel dan tampalkan di pintu mengikut ukuran dan garisan yang ditanda tadi. Kemudian, lekat panel dengan masking tape sementara tunggu gam kering.

Seterusnya, sapu dan sumbat filler di antara jarak kosong yang ada di bahagian sudut sambungan panel yang disebabkan kayu tidak rata atau meleding.

Selepas gam dan filler kering, anda boleh cat permukaan pintu dan mulakan dengan mengecat panel dahulu.

Memang seperti pintu mewah setelah dipasang kayu panel dan dicat. Lebih jimat membeli kayu panel dan memasangnya sendiri.

Anda boleh lihat perbezaan sebelum dan selepas pintu biasa dipasang panel. Sesiapa yang mempunyai bajet kecil bolehlah guna idea ini untuk pintu tampak lebih mewah.

Sumber: Fb Deko Viral & Watie Hamidon