Bayangkan jika kita sedang menikmati pemandangan di negara orang, tiba-tiba kita baru sedar bahawa pasport hilang dari beg? Mesti kita berasa takut, gelabah dan panik hingga tak tahu nak buat apa.


Seorang pengguna Twitter, @unrealbern, berkongsi cara untuk memohon Emergency Certificate jika anda hilang pasport antarabangsa ketika bercuti.

Difahamkan, fungsi Sijil Perakuan Cemas itu seperti pasport sementara untuk anda senang balik ke Malaysia dan anda kena tulis di situ semua negara yang dilalui untuk balik ke tanah air.

Selain itu, lelaki tersebut juga menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membolehkan anda memiliki Emergency Certificate tersebut.

Untuk keselamatan, seelok-eloknya simpanlah nombor-nombor telefon kedutaan Malaysia di setiap negara yang dilawati supaya mudah untuk meminta bantuan semasa kecemasan.

Sumber: Twitter @unrealbern