Rambut merupakan mahkota wanita. Begitu juga dengan lelaki diluar sana. Bayangkan jika anda bangun dari tidur dan menyedari banyak rambut gugur di atas tilam anda. Mesti ngeri kan?

Masalah rambut gugur atau nipis memang masalah yang besar. Ianya berpunca dari faktor pemakanan yang tidak sihat, cuaca, stres dan banyak lagi.

Kadang kala, tonik rambut yang dijual di pasaran mahal harganya. Malah banyak pula bahan kimia yang dicampurkan. Anda boleh cuba bahan-bahan organik sahaja. Selamat dan murah.

1. Daun Lidah Buaya

pinterest.com

Ambil dua atau tiga helai daun dah potong dua. Perah daun tersebut dan ratakan gel lidah buaya pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama 30 minit.

2. Telur

az-zain.com

Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga sebati. Sapu telur ke atas rambut yang basah. Biarkan selama 15minit. Jangan lupa syampu rambut supaya bau hanyir tak melekat pada rambut.

3. Minyak kelapa

pinterest.com

Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala dengan menggunakan minyak tersebut. Lakukan urutan membulat.

Bungkus rambut anda dengan tuala yang sudah direndam dengan air panas. Biarkan selama 30 minit

4. Daun Inai

tasnimbiz.com

Kisar beberapa helai daun inai dengan air. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 3 jam. Amalkan sebanyak dua kali seminggu.

Sumber: Eh.Com.My