Pakaian merupakan lambang keperibadian seseorang. Jika anda merupakan calon untuk ditemuduga, soal pemakaian perlu dititikberatkan. Memakai pakaian formal akan melambangkan diri kita berdisiplin dan juga berkeyakinan. Pemakaian yang baik juga mempengaruhi first impression majikan.

1. Jaket

pinterest.com

Pilihlah jaket berwarna gelap seperti hitam mahupun biru gelap. Potongan gaya jaket perlulah bersesuaian untuk ke pejabat. Jika calon tidak memakai jaket cukup sekadar berkemeja lengkap bertali leher.

2. Kemeja

pouted.com

Size kemeja haruslah sepadan dengan calon. Potongannya tidak terlalu kecil atau besar. Pakai kemeja berwarna cerah seperti putih, biru laut mahupun plain . Warna cerah dapat membantu mempengaruhi kelembutan emosi kepada penemuduga.

3. Seluar Slack

styleoholic.com

Tiga jenis potongan seluar, double pleat, single pleat, dan flat front. Untuk yang berbadan besar, pilihlah potongan seluar double pleat. Manakala untuk badan bersaiz sederhana dan kecil boleh memakai single pleat.

Warna seluar haruslah gelap dan padan dengan jaket yang digayakan. Elakkan memakai jaket merah dan seluar kuning ya!

4. Tali Leher

hyemensfashion.com

Pilihlah warna yang sesuai dengan kemeja anda. Tali leher yang paling sesuai selalunya berwarna lebih gelap dari kemeja.

5. Stokin dan Kasut

bloglovin.com

Warna stokin dan kasut perlu padan bersama seluar yang dipakai iaitu berwarna gelap. Potongan kasut juga mainkan peranan. Pilih potongan gaya profesional bukan gaya untuk menghadiri birthday party.

6. Jam Tangan

designlover.co

Elakkan memakai jam tangan berupa sport. Jam tangan kulit akan menampakkan calon bersifat profesional dan serius.

Semoga berjaya!

Sumber: Maskulin.Com