Selepas sehari Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berlalu, pasti anda berasa rimas atau tidak selesa kerana jari yang telah dicat dakwat tanda sudah mengundi itu masih pekat dan susah untuk ditanggal.

Usah risau, seorang pengguna Facebook, Shafinaz Ibrahim, berkongsi cara berkesan untuk menghilangkan dakwat undi di jari.

Bahan

Gambar sekadar hiasan

Peluntur pakaian (Clorox)

Gambar sekadar hiasan

Hirisan lemon (jika ada)

Cara-cara

– Ambil peluntur pakaian, tuangkan dalam bekas dan letak hirisan lemon sekali jika ada.
– Celupkan jari yang berdakwat tu dalam bekas yang diletakkan peluntur dan lemon tadi.
– Sental-sental sikit pakai lemon. Kalau tiada lemon, sental sahaja menggunakan tangan yang lagi satu.
– Setelah hilang warna dakwat, basuh tangan anda dengan sabun.

– Dah siap. Selamat mencuba!

Sumber: Fb Shafinaz Ibrahim