Bukan mudah untuk melukis gambar di atas kek kerana ianya tidak boleh dipadamkan jika tersalah lukis. Malah, tulisan ucapan istimewa juga memerlukan seseorang itu kreatif, teliti dan mempunyai tulisan cantik untuk menulis.
Hi @secretrecipemy_
— Wapa (@wafanorsyazana) August 4, 2020
Tengok lah staff awak ni kreatif betul😭 cantik, teliti dan semua staff kat sana friendly bethol. You guys jangan lupa reward Nurul Aina ni eh! Sangat kreatif sampai saya pun pengsan tengok dia lukis! Alhamdulillah dapat lah realisasikan unicorn my lil sis🥰 pic.twitter.com/fzSzAyW8qc
Seorang pengguna laman sosial Twitter, @wafanorsyazana, berkongsi beberapa gambar kek daripada Secret Recipe cawangan Star Avenue, Subang, kerana mengagumi pekerja cawangan kedai kek popular itu.
“Hi Secret Recipe! Tengok lah staff awak ni kreatif betul. Cantik, teliti dan semua staff kat sana friendly betul. You guys jangan lupa reward Nurul Aina ni eh! Sangat kreatif sampai saya pun pengsan tengok dia lukis! Alhamdulillah dapat lah realisasikan unicorn my lil sis,” tulisnya.
Menurutnya, dia tidak sangka bahawa pekerja kedai kek itu, Nurul Aina, sangat berbakat dalam melukis dan menulis ucapan di atas kek dengan begitu cantik sekali.
Nah I bagi lagi apa yang dia pernah lukis lagi😂 gambar orang pun pernah tau eii talented gila! pic.twitter.com/UhciygPFr8
— Wapa (@wafanorsyazana) August 5, 2020
Bukan sahaja pandai melukis gambar kartun, Nurul Aina turut berbakat dalam melukis gambar manusia. Malah, dia pernah melukis gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Nak pinjam tangan boleh tak? Sumpah cantik gila! pic.twitter.com/mIzSfPYENR
— Wapa (@wafanorsyazana) August 5, 2020
Selain itu, Nurul Aina pernah melukis gambar kaabah sempena hari raya Aidiladha, gambar frontliners dan macam-macam lagi. Cantik sangat!
itu makcik saya 🙋🏻♀️ memang tulisan dia atas kek cantik! kalau cust dtg sr tg karang beli kek mesti carik dia soh tulis 🙈🙈🙈 this one salah satu hasil kerja dia 😍 pic.twitter.com/bcwh7mCBWn
— niñita 👧 (@weenunna) August 5, 2020
Warga laman sosial turut berkongsi pengalaman masing-masing mendapat pekerja Secret Recipe yang mahir menulis ucapan di atas kek.
Diharap pekerja berbakat seperti Nurul Aina dihargai dan dapat mengajar bakat yang dimilikinya dengan lebih ramai orang.
Sumber: Twitter @wafanorsyazana