Semua masjid mempunyai keindahan dan keunikannya tersendiri hingga mampu menarik perhatian orang untuk bersolat di sana selain menikmati kecantikan rumah Allah ini.

haber7.com

Sebuah masjid di Istanbul, Turki, mempunyai tarikan yang unik kerana hiasan dalaman Masjid Hamidiye diilhamkan oleh sepotong ayat Al-Quran daripada surah Al-Baqarah.

haber7.com

Malah, masjid tersebut dianggap sebagai ‘Taman Syurga’ kerana rekaan dalamannya begitu mempesonakan di mana terdapat lukisan air terjun mengalir deras serta karya lukisan yang dibuat berdasarkan surah Al-Baqarah, ayat 22 yang berbunyi “Dialah (Allah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia (Allah) menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui”.

haber7.com

Difahamkan, pelukis dan arkitek yang mereka hiasan dalaman masjid tersebut tidak dapat dikenalpasti tetapi dia dikatakan berasal dari Republic of Azerbaijan.

haber7.com

Dia mereka hiasan dalaman masjid dengan menggunakan elemen alam semulajadi seperti pokok, air terjun dan langit.

haber7.com

Malah, karpet yang digunakan juga merupakan rumput subur bagi memberi tarikan kepada jemaah untuk selalu di solat di sana.

haber7.com

Jika anda bakal melancong ke Turki, jangan lupa untuk singgah di Masjid Hamidiye ini untuk solat dan menikmati keindahan masjid.

Sumber: Wanista