Baru-baru ini, ahli kumpulan De Fam, Nurshazwani Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Cik Manggis, 31 tahun, telah lama memasang niat untuk berhijab sepenuhnya.

“Betul saya sudah berhijab. Alhamdulillah. Sebenarnya ini bukan keputusan yang tiba-tiba. Saya dah lama pasang niat tapi saya perlu lakukannya perlahan-lahan, bukan mengejut. Tak boleh nak terus berubah,” ujarnya.

Menurutnya, dia berhijrah secara perlahan-lahan agar dirinya bersedia untuk berhijab dan kekal istiqomah.

Tidak dinafikan dirinya sukar untuk mengubah imej sebelum ini kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup sebegitu namun niatnya untuk berhijab semakin kuat hingga memudahkan dirinya berubah.

Tambahnya, penghijrahannya itu tidak menghalang dia untuk meneruskan karier dalam bidang hiburan serta tidak akan sekali-kali mengabaikan minatnya yang mendalam dalam bidang tarian selain menganggap persembahan dalam De Fam sebagai aktiviti sukan.

“Apa yang saya utamakan sekarang ialah ada kemajuan dalam hidup saya. Saya pun tak harapkan apa-apa dari orang lain sebab saya buat semua ini demi diri saya sendiri, bukan orang lain,jadi apa orang nak fikir, fikir la,” sambungnya lagi.

Sumber: Hijabista & mStar