Jepun sememangnya terkenal dengan kecanggihan teknologi yang dimiliki hinggakan pelbagai barangan harian dari negara matahari terbit itu dijual secara besar-besaran di beberapa negara seluruh dunia.

Kini, sebuah masjid bergerak telah dicipta di Fukuoka, Jepun, menggunakan trak seberat 25 tan dan telah pun mula beroperasi sejak semalam.

Konsep dan inovasi masjid bergerak ini dibuat oleh Masjid Al Nour memudahkan umat Islam menunaikan solat terutama pada musim hujan di negara tersebut.

Jika anda bercuti ke sana, anda boleh nikmati kemudahan ini dan mungkin negara kita sudah boleh mula mencipta masjid bergerak seperti ini supaya dapat mengajak lebih ramai orang solat di masjid.

Sumber: The Vocket