Mee segera Korea yang popular di negara ini, Ramyeon atau Ramen digemari ramai terutama mereka yang sukakan makanan Korea.

Ramen Samyang menjadi kegilaan rakyat Malaysia apabila tahap kepedasan mee segera itu menjadi cabaran untuk mereka.

Fb Burger On Faaaiya

Di Alor Setar, Kedah, burger Samyang tular kerana keunikannya yang tersendiri hingga menjadi bualan orang ramai.

Fb Burger On Faaaiya

Pemilik Gerai Burger On Faaaiya, Ashraf Reza, 22 tahun, dan Faez Feilzha, 22 tahun, berkata idea timbul apabila jenama Samyang mula popular di Malaysia dalam kalanga remaja dan perempuan.

Fb Burger On Faaaiya

“Kebanyakan orang yang datang, mereka suka sebab rasa pedas ramen yang lain macam, orang kata ‘pedas-pedas meninggal’,” ujarnya.

Fb Burger On Faaaiya

Burger Samyang terdiri daripada daging buatan sendiri, telur, ramen pedas, keju mozzarella, salad dan sos cili dan dijual pada harga RM7.

Selain itu, mereka juga ada menjual burger biasa ayam dan daging dengan harga RM2. Burger On Faaaiya ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dari pukul 7.30 malam hingga 12 tengah malam.

Sumber: MalayMail