Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, 34 tahun, menafikan dirinya membuka tudung selepas bercerai seperti apa yang hangat diperkatakan ketika ini.

kualalumpurviral.com

“Bukan saya yang umumkan buka tudung lepas bercerai,” ujarnya menjawab persoalan peminat di laman sosial Instagram.

Menurutnya, perkara itu menimbulkan kekeliruan antara dirinya dengan pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie, yang mengumumkan membuka tudung di laman sosial tersebut, kelmarin.

Dalam status yang sama, Lufya menjelaskan bahawa dia mula memakai tudung sebelum berkenalan dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.

“Saya terpaksa jelaskan sebab ramai yang menghantar mesej peribadi (DM) dan bertanya. Saya pakai tudung sebelum kenal dengan suami lagi. Insya-Allah, akan kekal sampai akhir nafas saya,” jelasnya.

“Hijab ini bukan menandakan kita baik, alim atau bagus daripada orang lain. Kita semua pendosa dan bukan maksum,” katanya.

“Jangan hanya kerana kekecewaan kita terhadap manusia, kita sampai menderhaka kepada perintah Allah. Tanda kiamat sudah semakin banyak,” tambahnya.

“Buang yang keruh ambil yang jernih. Moga segala ujian yang Allah berikan kepada kita menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Doakan saya kuat,” sambungnya.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama para peminat keliru antara Lufya dan Zarina. Malah, ramai juga menganggap mereka kelihatan seperti adik-beradik.

Sumber: Harian Metro