Wanita berasal dari Sarawak ini mempunyai nama agak unik kerana diberi nama sama dengan nama negara ini, Malaysia Yap, 55 tahun, dan dia turut dilahirkan pada tarikh penubuhan negara ini.

Yap dilahirkan di Simunjan pada pukul 1 pagi 16 September 1963 dan namanya diberi sempena tarikh lahirnya sama dengan tarikh bersejarah Malaysia dan kerana neneknya meminati politik pada masa itu.

theborneopost.com

Ditanya mengenai kenangan zaman kanak-kanak, dia memberitahu sering diperli mengenai namanya terutama apabila negara Malaysia kalah dalam perlawanan bola sepak.

“Saya akan marah pada waktu itu bila mereka jerit ‘Malaysia Kalah’. Namun, seiring usia, saya mula menyedari signifikan nama saya dan menerima seadanya. Kini saya rasa bangga dinamakan Malaysia,” katanya.

theborneopost.com

Sebelum ini, Yap pernah dijemput menghadiri pertemuan Anak-Anak Merdeka di Kuala Lumpur pada 2007 dan teruja dapat berkenalan dengan individu lain yang mempunyai nama sepertinya.

Oleh itu, dia berharap negara Malaysia terus maju dan berjaya sempena sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

“Saya juga mahu orang seperti saya, yang dinamakan sempena nama negara, tidak akan dilupakan,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar