Penuntut IPTA kurang berkemampuan di empat universiti awam di sekitar Lembah Klang kini boleh menikmati makanan percuma untuk berbuka puasa dan bersahur sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Program Gerobok Rezeki Ramadan 2019(GRR2019) merupakan satu program anjuran Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa(NCA) Media Prima Berhad.

Difahamkan, program tersebut diadakan di Universiti Teknologi Mara(UiTM) Shah Alam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) Gombak, Universiti Putra Malaysia(UPM) Serdang dan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) Bangi.

Gambar sekadar hiasan

Pengarang Urusan NCA, Datuk Manja Ismail, menjelaskan bahawa idea program GRR2019 berkenaan tercetus daripada laporan berita mengenai keperitan hidup sebahagian penuntut universiti yang terpaksa mengikat perut kerana masalah kewangan.

Menurutnya, terdapa 800 pek makanan kering dan minuman serta buah-buahan ditempatkan di masjid keempat-empat universiti itu bagi keperluan penuntut untuk berbuka puasa serta bersahur.

“Tiada soal, tiada pendaftaran, mana-mana penuntut yang memerlukan makanan, boleh terus datang ke GRR2019 di masjid universiti untuk mengambil makanan berbuka dan bersahur,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro