Sebelum ini, Bank Simpanan Nasional(BSN) mengalami kunjungan pelanggan luar biasa apabila Bantuan Sara Hidup (BSH) sudah mula diagihkan kepada penerima yang layak menerima bantuan tersebut.

Berikutan itu, setiap cawangan BSN seluruh negara akan dibuka pada Sabtu dan Ahad ini bagi memudahkan proses penerima BSH melakukan transaksi.

Dalam kenyataan pihak BSN, cawangan BSN mula beroperasi hari ini bagi negeri Johor, Terengganu dan Kelantan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Bagi negeri lain pula, bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari,” ujarnya.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900 untuk keterangan lanjut.

Sumber: Harian Metro