Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang seks sejenis berikutan kritikan dari negara-negara luar termasuk selebriti antarabangsa terkenal seperti George Clooney dan Elton John.

Negara terkecil di Asia Tenggara itu mencetuskan kemarahan selepas melaksanakan undang-undang syariah berkenaan sejak 3 April lalu, dengan memperkenalkan hukuman rejam sampai mati untuk kesalahan meliwat, seks luar nikah dan rogol.

Sebelum ini, setelah Brunei mempertahankan haknya untuk melaksanakan undang-undang terbabit yang pertama diperkenalkan pada 2014 dan sejak itu, ia dibatalkan secara berperingkat.

Walau bagaimanapun, baginda memaklumkan hukuman mati tidak akan dilaksanakan dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah (SPCO).

FB Hassanal Bolkiah, Sultan of Brunei

Terdapat beberapa jenayah yang membawa hukuman mati di Brunei termasuk bunuh dan pengedaran dadah, namun tiada hukuman dilaksanakan sejak tahun 1990-an.

“Saya sedar wujud banyak persoalan dan salah faham mengenai pelaksanaan SPCO. Namun, kami percaya apabila isu ini selesai, merit undang-undang ini akan lebih jelas,” titah baginda.

“Sejak lebih dua dekad, kita melaksanakan moratorium pelaksanaan hukuman mati untuk kes di bawah undang-undang ‘common law’,” jelas baginda.

“Moratorium ini juga akan dilaksanakan terhadap SCPO secara lebih meluas,” sambung baginda.

Sumber: Berita Harian