Perkara paling penting bila melancong ke luar negara adalah tukar matawang asing dengan harga yang terbaik.

Seorang pengguna Facebook, Farehan Fauzi, berkongsi tips tukar matawang asing dengan cara mudah iaitu menggunakan laman web dan aplikasi di telefon.

Menurutnya, dia menggunakan laman web www.eforex.com.my dan aplikasi eForex di telefon pintar. Selain itu, Farehan turut berkongsi tips bagaimana laman web dan aplikasi membantu dirinya untuk menukar duit matawang asing.

1. Dapat tahu nilai matawang paling terkini

kita dapat tahu nilai currency yang paling latest yang ditawarkan eForex. Bangun tido check, lepas mandi check bila2 boleh check.. Siang malam pun berubah nilainya. Dan nilai yang ditawarkan agak tinggi. saya boleh dapat RM1000 = 7800 Bhat. Kawan saya pada hari yg sama dapat RM1000 = 7753 Bhat. Malam tu saya check saya blh dpt 7806 Bhat. Suka saya nak kongsikan bahawa counter rates Merchantrade dengan online rates eForex kdg2 berbeza ya.

Boleh semak kat sini.

2. Boleh book & bayar secara online

Kita boleh book dan bayar online, pilih our Merchantrade pick up point atau minta delivery ke rumah. Banyak lokasi Merchantrade ni. Delivery ada cas kecuali tukar RM20k ke atas. Jadi nak bawa duit cash byk2 takde rasa seriau sgt. Lagi sekali, suka saya nak kongsikan bahawa untuk semak dulu lokasi Pickup point sebelum anda membuat pembelian ya.. setakat ni tempat yang ada di Kl, Selangor dan Seremban, Senawang je.

3. Ada notifications bila duit sudah ada di kedai money exchange yang dituju

Pernah kan terjadi pergi money exchange, tempat tu tak cukup duit la. Kadang yg ditawarkan sikit ja. Yang ni duit dah confirm ada baru dia akan notify kita. Mudah oit.

4. Ada rate alert

Ada rate alert. Boleh lah buat alert kalau2 masa tu duit RM mahal sikit kan. Dan apps dia is pretty safe sbb tiap kali nak masuk dia mesti minta no pin apps. Even bila saya tukar ke apps lain kejap je pun.

5. Kena ambil duit sendiri bila pertama kali guna

Tapi untuk first time user, kena self collect duit tu. Lepas-lepas tu baru boleh delivery atau assign orang lain ambilkan duit. Pastu ada diskaun RM10 lagi tau untuk first time user.

6. Ada had minimum tukar duit

Tapi! Minimum utk tukar duit ialah RM500. kurang daripada tu boleh terus pergi Merchantrade branches je. Ingat, rate Merchantrade dengan eForex berbeza ya.

Sumber: Fb Farehan Fauzi