Memiliki bibir yang mungil serta merah bak delima merupakan idaman bagi setiap wanita. Namun, ada yang tidak tahu bahawa anda boleh mendapatkan bibir idaman itu dengan cara yang semulajadi, senang serta menjimatkan. Berikut merupakan lima cara untuk bibir anda kelihatan merah:

Lemon

via GIPHY

Campurkan satu sudu makan air perahan lemon dan madu. Kemudian, ratakan di keseluruhan bibir. Untuk pengetahuan anda, lemon mampu mencerahkan pigmen bibir dan madu akan memberikan nutrisi serta melembapkan bibir.

Gula

via GIPHY

Sebenarnya, anda boleh membuat skrub bibir sendiri dengan menggunakan gula, vaseline atau air suam. Mudah kan?

Campurkan 1/2 cawan gula, 2ml vaseline atau air suam sehingga sebati. Kemudian, sapukan campuran bahan itu pada bibir anda secara gerakan membulat selama tiga hingga empat minit. Biarkan seketika dan bilas sehingga bersih apabila ia sudah kering.

Madu

via GIPHY

Madu sememangnya mempunyai banyak khasiat tersendiri termasuklah merawat bibir. Hanya sapukan madu pada keseluruhan bibir dan biarkan selama 15 minit sehingga 20 minit. Kemudian, anda boleh basuh bibir menggunakan air biasa atau air suam. Buat tiga atau empat kali seminggu untuk hasil yang memuaskan.

Minum air kosong secukupnya

via GIPHY

Selain itu, kekurangan air dalam badan atau dehidrasi boleh menyebabkan bibir gelap serta merekah. Anda perlu minum air mengikut kuantiti yang diperlukan berdasarkan berat badan.

Minyak zaitun

via GIPHY

Selain digunakan dalam makanan, minyak zaitun juga boleh membuatkan bibir anda merah secara semulajadi. Anda hanya perlu mencampurkan minyak zaitun dengan sedikit gula dan sapukan pada keseluruhan bibir.

Kemudian, tunggu selama beberapa minit dan urut sekeliling bibir berlawanan arah jam secara perlahan dan bilas menggunakan air suam atau air biasa. Lakukan sekali hingga tiga kali sehari.

Sumber: Wanista