AirAsia sememangnya dikenali sebagai penerbangan tambang murah dan kali ini, mereka membuat promosi lagi gempak iaitu dengan menawarkan harga penerbangan sehala serendah RM0.10 sahaja. Murahnya!

Difahamkan, promosi tersebut dibuat sempena dengan kemenangan AirAsia sebagai syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia sepuluh tahun berturut-turut oleh Skytrax.

Oleh itu, anda boleh layari laman web rasmi syarikat tersebut untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai laluan ditawarkan dalam promosi ini.

Harga serendah 10 sen itu ditawarkan khas untuk ahli BIG, namun ahli bukan BIG pula ditawarkan harga serendah RM5.10. Masih murah berbanding harga biasa, bukan?

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk melancong dengan harga murah! Bukan selalu dapat promosi besar-besaran macam ni. Thank you AirAsia!

Sumber: The Vocket