Baru saja pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, pelakon cantik jelita, Lisa Surihani, mengejutkan peminat dengan penampilan terbarunya yang sudah bertudung.

Menurutnya, dia meminta orang ramai mendoakan supaya dia lebih istiqomah dengan imej terbarunya itu.

“Apa yang saya boleh katakan ialah saya minta jasa baik semua, kalau boleh jangan panggil apa yang saya gayakan ini sebagai penampilan ataupun imej,” ujarnya.

“Sebenarnya saya mengambil masa bertahun untuk tampil begini dan Alhamdulillah, Allah membuka hati saya untuk melakukan perubahan,” katanya.

“Mungkin ramai yang kata saya sudah mendapat hidayah apabila bertudung, namun apa yang boleh saya katakan, saya masih mencari hidayah itu,” jelasnya.

“Sekarang ini saya masih mencuba dan sebab itu saya perlukan setiap orang untuk mendoakan yang terbaik buat saya,” tambahnya.

Semoga imej terbaru Lisa kekal selamanya dan semakin istiqomah dengan perubahan ini. In Shaa Allah 🙂

Sumber: Astro Awani & Gempak