Liga Perdana Inggeris baru saja bermula kira-kira empat minggu lalu dan kini ramai peminat bola sepak Inggeris memperkatakan setiap perlawanan mengikut kelab diminati masing-masing.

Terbaru, seorang penyerang kelab Liverpool kelahiran Senegal, Sadio Mane, menjadi sebutan apabila video dia membersihkan masjid tular di laman sosial.

Video tersebut diambil oleh seorang pengguna Twitter dan Mane kelihatan sedang sibuk membersihkan tandas atau tempat wuduk di salah sebuah masjid di Liverpool.

Difahamkan, dia terus membersihkan kawasan masjid selepas beberapa jam Liverpool menentang Leicester City. Ia berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Liverpool dengan jaringan 2-1.

Berikutan itu, ramai pengguna Twitter memuji tindakan Mane yang merendah diri dan sering melakukan kebaikan.

Sumber: Twitter @khalillaher