Sejak kebelakangan ni kita dapat lihat ramai rakyat negara ini berkongsi tips kesihatan seperti turunkan berat badan, makan secara sihat dan senaman yang sesuai untuk kurus.

Seorang pengguna laman Facebook dan juga seorang ibu, Wani Syazwani, berkongsi tips bagaimana dia berjaya hilang 35.5 kilogram (kg) dalam masa lapan bulan.

Orang tanya. Macam mana diet ni. Wani cuma bagitahu. Jaga makan. Jangan makan waktu malam. Jangan minum air manis. Tu yang wani amal selama diet. Dari mula-mula diet dah amal minum green tea jasmine.

Air kosong. 3-4 liter sehari. Memang akan ulang-ulang ke tandas. Ke hulu-hilir bawa botol air. Bukan senang nak kurus ?

Setiap kali mkn. Wajib makan tepat pada masanya. Pagi sarapan 9am. Lunch 1pm. Dinner 6pm. Lepas 7pm memang tak makan dah. Makan makanan berkhasiat (panggang/rebus). Kurangkan garam.

Setiap minggu. 3-5kali wani akan bersenam. Skrg ni selang-selang cardio workout dengan zumba. Kalau dulu zumba je. Wani pilih untuk senam dalam rumah je. Lagi senang. Jimat masa.

Apa yang penting, senaman harus dilakukan kerana diet yang sihat memerlukan 20 peratus senaman. Kini sudah banyak senaman yang sesuai dilakukan ketika berada di rumah.

Tambahnya, diet bukanlah untuk dipuji, tetapi untuk diri sendiri. Banyak contoh menu sarapan yang sihat dikongsi oleh Wani untuk anda cuba. Jom sihat sama-sama? 🙂

Sumber: Fb Wani Syazwani