Berpeluang menjelajah negara orang dengan bajet yang murah merupakan impian semua orang. Yela, siapa yang mahu melepaskan peluang dapat bersiar-siar, makan, tidur di Perth, Australia, selama lima hari empat malam dengan bajet bawah RM1,000 kan?

Seorang pengguna laman Facebook, Huda Hamid, berkongsi pengalaman bercuti di Perth dengan bajet RM845 sepanjang lima hari berada di sana.

Bajet

– Visa: RM20 seorang, boleh buat di KLIA – Balai Perlepasan (Departure Hall) KAUNTER D.
– City Water Lodge: RM 940- seorang dalam RM470. Bilik ada satu single bed dan satu queen bed.
– Simcard Optus: AUD 10 = rm31 (5hari) Lepas dari pemeriksaan kastam di Perth Airport, boleh terus beli dekat luar.
– Bus / Train: AUD 28 = RM87 seorang.
– Caversham: AUD 27 = RM84 seorang.
– Kailis Fish & Chip: AUD 16.90 = rm53.
Groceries: RM100- Masak sendiri. Di apartmen boleh masak.

Jumlah: RM 845

Hari 1

⁃ Perjalanan 5 jam lebih. Suhu sekitar 17’Celcius- (Pergi masa musim sejuk)
⁃ Dari Perth Terminal 1 nak ke Apartment (dekat Perth City/CBD) boleh naik bas nombor 380. Masa naik boleh cakap dekat pemandu bas nak turun dekat Novotel Hotel (landmark) sebab City Water Apartment terletak belakang Hotel Novotel. Tiket bus AUD 4.60 (seorang).
⁃ Sampai apartment dan check in, rehat sebentar dan kemudian pergi jalan2 area Bell Tower. Dalam masa 12 minit jalan kaki.

Hari 2

⁃ Dari apartmen, jalan kaki ke perhentian bas hanya 5 minit (perhentian bas terletak depan Hotel Novotel)
⁃ Naik bas no 111 / 103 / 158 terus ke Fremantle (bas setiap 5 minit sampai). Perjalanan lebih kurang dalam sejam. Tiket bas AUD 4.60 (seorang) sebab Fremantle luar dari bandar (zone 2).
⁃ Lunch dekat Kailis Fish & Chips(HALAL). Kalau sampai kat Fremantle ni memang tak sah kalau tak rasa Fish & Chips! Memang rasa segar, sebab kawasan Fremantle terletak di tepi laut. Harga Fish & Chips AUD 16.90.
⁃ Di Fremantle ada market setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Salah satu market yg paling murah dan meriah untuk beli souvenir di “E Shed” dekat dengan Train Station Fremantle.
⁃ Alang-alang train station dah dekat (jalan selama 9 minit), boleh balik naik tren dan berhenti di Perth Station. Tiket AUD 4.60 (seorang) (zone 2).
⁃ Dari Perth Station,dekat Jamie Oliver Restaurant. Singgah bergambar kat depan restoran. Kemudian, singgah Coles Supermarket beli barang dapur untuk masak makan malam.
⁃ Masa nak balik, jalan kaki sampai ke jalan St George Terrace dan bas akan berhenti depan novotel hotel.

Hari 3

⁃ Kalau pergi Aussie,mesti nak tengok kangaroo. So, sebelum nak ke Perth ni kami dah survey tempat Wildlife Park, Caversham. Dekat sini bolehlah nak bergambar dengan haiwan ke, nak bagi kangaroo makan ke, (ikut suka anda). Ada jadual masa yang Wildlife Park sediakan.
⁃ Dari Perth Station, beli tiket (zone 2) AUD 4.60 & pergi ke Midland Line, berhenti dekat Bassendean Station (perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit).
⁃ Bila turun dari tren, boleh naik bas nombor 955 @ 956 dan cakap dekat pemandu bas, nak pergi ke Whiteman Park. Tiket boleh pakai tiket tren tadi (sebab satu tiket boleh pakai dalam masa 2 jam dari tarikh beli). Jimat kan.
⁃ Sampai Whiteman Park, dekat entrance ada satu pondok untuk call shuttle bus ke Caversham Wildlife Park (free). Nak jalan pun boleh tapi jalan sejauh 2 kilometer. Last shuttle bus pukul 4 petang.
Entrance fee AUD 27 untuk dewasa. Buka setiap hari (kecuali krismas) dari 9pagi-5.30ptg.
⁃ Macam-macam aktiviti dan pertunjukan ada.

1-Tangkap gambar dengan Koala
Time :9pg – 9.30pg / 11.30pg-12tghari / 2.30ptg-3ptg / 4ptg-4.30ptg

2-Farm Show tengok sheep shearing(cukur bulu kambing), susukan lembu, susukan kambing)
Time :10pg / 1ptg / 3ptg

3-Meet the Wombat & friends
Time : 11pg /2ptg / 3.45ptg

4-Penguin feeding
Time : 12tghari / 2ptg

⁃ Kalau nak makan sini,ada jual halal food tapi kena tanya. Kami prefer bawak bekal sendiri. Dekat sini ada picnic area.
⁃ Bila nak balik, naik shuttle bus sampai pagar depan dan tunggu bas 955 @ 956 ke Bassendean Station. Bas setiap 10 minit sampai.
⁃ Sampai train station, beli tiket (zone 2) AUD 4.60 dan berhenti dekat Perth Station.

Hari 4

⁃ Watertown Brands Outlet Centre macam JPO, Mitsui. Tapi, harga barang murah juga. Esprit sales 50-70%, Levi’s buy 1 free 1. Memang tak boleh tahan nafsu!
⁃ Dari Apartment jalan sampai Wellington Street dalam 20 minit, kemudian naik Yellow Cat bas (FREE) kira-kira 7 minit dan berhenti depan Watertown.
⁃ Dekat sini ada jual kebab Halal.

Hari 5

⁃ Memandangkan flight kul 3.30 petang, kami check out pukul 10 pagi.
⁃ Kemudian naik bas 380 (terus ke aiport terminal 1). Bas ke airport setiap 30minit. Tiket AUD 4.60

Tips penting

-Bus di Perth dalam bandar, bas adalah PERCUMA. Kalau keluar dari bandar, kira keluar zone 2, 3, 4, baru kena bayar tambang. Kalau naik bas, sangat menyenangkan untuk sesiapa bawa stroller atau pakai kerusi roda. Tiket bas dan tren boleh valid sampai 2 jam. Jadi, 2 jam boleh naik turun kalau salah.

– Untuk maklumat lanjut, boleh tgk laman web Transperth. Boleh siapkan plan perjalanan nak pergi Perth.
⁃ Kalau nak senang pergi mana-mana, lebih senang beli simcard Optus. Simcard harga AUD 2 dan Internet 500mb AUD 2 untuk 1 hari. Bolehlah Google Maps atau Waze.
⁃ City Water Apartment reception dia available 8 pagi – 8 malam. Apartmen ni memang best. Setiap hari tukar tuala, toiletries, kemas bilik. Dalam apartmen ada disediakan dapur, televisyen, pemanas badan, private bathroom, peti sejuk, seterika, pengering rambut. Wifi ada tapi kena bayar. Sebab tu kena beli simkad. Dalam bilik ada 1 katil queen & 1 katil single. Boleh 3 orang tidur. Mini market 5 minit dari apartmen (berhadapan novotel hotel). Apartmen berhadapan Swan River.
⁃ Visa australia boleh siap terus. Tapi kalau nama sangkut, ambil masa 12 jam.
⁃ Nak masuk negara Australia, pastikan anda tidak membawa barang-barang yang berunsurkan tenusu(dairy), buah-buahan dan bijirin tak boleh bawa masuk. Kalau ada bawa ikan bilis ke, Maggi ke, pastikan anda DECLARE!!!

Sumber: Fb Huda Hamid