Pasti ramai tidak mengetahui bahawa Hua Hin yang terletak di Thailand sebenarnya satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi.

Jika anda teringin pergi ke Morocco, Italy, Santorini Greece dan Switzerland, anda pasti suka Hua Hin kerana terdapat beberapa lokasi diinspirasi daripada keempat-empat negara tersebut.

Seorang pengguna laman Facebook, Siti Raudhah, berkongsi itinerari bercuti di Hua Hin selama tiga hari dua malam.

Hari pertama

Air Asia je yg ada direct flight setakat ni 4x seminggu dan sehari cuma ada 1 waktu penerbangan. So ktorg pilih Jumaat smpai Ahad. Jimat sikit cuti. Flight Jumaat jam 10 pagi. Sampai Hua Hin airport jam 11 pagi waktu tempatan (Thailand) Kuala Lumpur – Hua Hin (2 jam perjalanan). Dari Bangkok ke Hua Hin pon x jauh sgt so ley consider singgah sini jugak klu korg dari Bangkok.
Return flight : RM275/pax

Kitorg bg task kat sorg mmber ni sbb dia salunye asik follow je x de keje. Kita bg dia drive dlm trip kali ni. So sewa kereta kat airport (Hertz) 1669 baht utk 2 hari (pickup time 11 pagi jumaat n return kol 10 pagi ahad) Book kereta mirage tapi smpai2 diorg upgrade FREE ke honda jazz. Alhamdulillah rezeki. Maklumla sorg member ni keje purchasing so abes sume dia nego. Highway kat Hua Hin ni mcm jalan biase kat town je tau.. Tp still kene alert speed limit jugak ye.
Sewa kereta : total 1669 baht utk 2 hari (RM215) / RM54/pax
Minyak : total 640 baht utk 2 hari (RM80) / RM20/pax

11.15 pagi trus ke MERCADO DE PLEARNWAN. Dekat je dari airport. Dari jauh nampak clown melambai2. Ktorg mcm eh betul ke tmpt ni smpaila terlepas n waze suruh u turn kat dpn. Rupanya betul la kat clown tu. Dia tunjuk arah utk park kereta. Huhu. Parking je bayar 40 baht tapi entrance fee percuma je. Dalam ni macam local market, handcraft, mini fun fair, mula la misi tangkap2 gmbr. Dah penat begambar, perut pon dah lapar. Ktorg lunch kat MOOZ HUA HIN HALAL FOOD. Siyes sedap. Restoran dahla cantik. Siap ada surau lagi. Sng trus solat jamak kat sini je. Harga ok la not bad. Ktorg order omelette, curry prawn, mushroom, n tomyam seafood la apa lagi klu dah dtg Thailand ni menu wajib.
Parking @Mercado : total 40 baht / RM1.20/pax
Lunch @ Mooz : 805 baht for 4 pax (RM102) / RM 25.50/pax

2 ptg, ktorg cuci mata jap kat PREMIUM OUTLET CHA-AM. Ni klu kat Msia, mcm Freeport Melaka la tapi kecik sikit. Banyak sports brand. Sejam je kat sini sbb misi bukan nak soping..ckp camni sbb x jumpa bnda yg berkenan sbnrnye. Slmt jugak duit. Hihi..
Parking : Free

3.15 ptg, ktorg trus ke CAMEL REPUBLIC.
Haa ni la ala2 Morocco tu sbb design2 wall dia sume cantek2. Seni sgt cuma ktorg je x pndai sgt ambik gmbo.. Tgn x berseni.. Haha.. Sini boley buat aktiviti gak mcm rides, 4D theater tapi sume kene byr asing la ye. Ktorg spend time kat sini bagi unta makan, tgk Alpaca, Sheep, Flamingo, Pony, Mara (ala2 rabbit tp nmpk mcm mini kangaroo pon ada) pastu apa lg posing2 begambo ngan senibina yg cantek2 tu. Klu parents nk bwk anak2 sgt sesuai sbb tmpt ni animal friendly. N mmg port cantek utk photographer. Tandas pon lawa interior dlm.. Ktorg perasan kat Hua Hin ni tandas sume bersih. X jmpa lngsg yg busuk2 mashem..
Entrance fee : 150 baht/pax (RM19)

5 ptg, haus plak rase. Ktorg sejukkan tekak kat McD x jauh dr Camel Republic. Apa yg special kat McD? Tadi bg unta mkn sayur, now bg membr sorg ni mkn salad. Teruja dia tgk ada salad kat McD sini. Ktorg chill minum coffee je.

6 ptg, smpaila kat VENEZIA HUA HIN (acah2 Italy). Nak masuk kene byr. Ktorg naik gondola baru la feel Italy tu lengkap kan.. Ada byk pakej. Nanti boley tgk gmbr. Sbb smpai dah senja, ktorg ambik pakej gondola ride je. Best jugak naik. Romantik angat. Tapi dah nak abes tu, gondolier tu sempat pulak dia kenakan ktorg.. Senget2 gondola tu dibuatnye. Mula la kuar jeritan batinku msg2 memecah keheningan mlm..haha..
Entrance fee + Gondola ride: 250 baht/pax (RM31)

7.30 mlm, pegi night market kat CHATSILA MARKET. Standard la Thailand mane2 mesti ada night market. Smpai2 je nmpk plak byk kedai massage.. Apa lagi msg2 time tu la acah2 lenguh kaki la apa la.. Padahal br 1st day. Murah lak tu 200 baht sejam. Apa lg sume pon laju je masuk. Ada private room lg utk 4 org.. Dah abes, so ronda2 cr souvenir. Ktorg beli kat sorg nenek ni murah je 1 fridge magnet 10 baht. Bli 10 dpt 1 free. Ok la kan. Nenek tu pon baik je lyn ktorg. Nama gerai dia HUA HIN REMINDER.

9.30 mlm, br nk dinner. Mane la x bambam mkn lmbt2 kan.. Ktorg dinner kat Muslim Halal Food betul2 sblh TH Beach Hotel.Sini ada pancake jugak.
Dinner : Nasi goreng + ice lemon tea 107 baht/pax (RM13)

10.30 mlm, check in Hotel @B2 Hua Hin Premier Resort. Ktorg book family suite. Hotel ni sesuai utk sape2 yg drive sbb ke dalam sikit. Tapi hotel ni siyes cantek sgt2, bilik besar utk ktorg berempat. 2 king bed. Nk sumbat 6 org pon boley sgt. Selesa kott.. Harga berbaloi RM 286 utk 2 mlm. Book kat traveloka. I love traveloka!
Hotel 2 mlm : RM71.50/pax

Hari kedua

8 pagi, Sarapan ktorg beli kat 7e je. Cari susu ngan roti. Make sure cari yg ada logo halal ye. 7e kat Hua Hin ni mcm cendawan tumbuh lps hujan. Byk sgt2.

8.30 pagi, pegi RAJABHAKTI PARK. View nice sgt2 utk ambik gmbr kat monumen tu. Ngan rumput hijau dia, awan cantek..sini nk buat aksi lompat2 boley sgt sbb kawasan lapang. Tp kene pndai2 cr mangsa tukang ambik gmbo la..dah burst pon x gak jd sume gmbr lompat.. Alhamdulillah cuaca sgt baik walaupon tgk ramalan cuaca b4 tu petir sume.
Parking : Free

9.30 pagi, HUA HIN RAILWAY STATION
Ni stesen keretapi plg cantik kat Thailand tau. Ktorg singgah la jap posing2 ambik gmbr..

10.30 pagi, sampai kat SANTORINI PARK (acah2 Santorini Greece). Teruja sgt sbb building putih2 je.. Santekk. Basically tmpt ni outlet tp setiap shop ley begambr luar dia sbb lain2 design. Tips dia, jgn pakai baju kaler biru nanti tenggelam dlm gmbr.. Hihi..mostly yg dtg mmg utk photoshoot bagai. So klu korg ada camera DSLR ke apa tu ley sgt test skill kat sini..Nak masuk ni kene byr tp ktorg beli online je kat kkday.com b4 pegi sbb dpt jimat sikit dari segi kos dan masa beratur. Tp smpai2 x yah beratur lngsg.. Haha.. Dah abes begambo, tgk 4D ride dlm tu. Amboi menjerit2 over akak sblh. Kat sblh park ni ada waterpark tp ktorg x sempat nak pegi. Klu dah waterpark, konpem la seharian kat situ.
Santorini park : RM19

12 tghari, Lunch kat AMINAH SEAFOOD
Makan hidang kat sini. Order ikan stim limau, omelette yg rangup, somtam, ayam pad kra praw. Fuhh sedap! Laju msg2 mkn.
Lunch : 615 baht for 4 pax (RM78.40) / RM19.60/pax

2.30 ptg, SWISS SHEEP FARM (acah2 Switzerland)
Again, sini mmg port ambik gmbr cantek2. Ada kincir angin bagai. Pndai la diorg buat tmpt ni sbb view cantek. Ntah bape kali ckp cantek kan. Suka kat sini. Bagi sheep mkn. Baju matching lak ngan sheep. 🙂 Ada 3D art jugak cni, n mcm ada Halloween theme so ada pumpkin konon2 seram2 gitu.. tiket masuk sini pon dah beli siap2 online skali ngan Santorini park.
Swiss Sheep Farm : RM13/pax

3.30 ptg, Balik hotel kejap utk solat n rest. Sbb kat luar panas giler. So standby air mineral byk2 ye.
5.30 ptg, HUA HIN BEACH
Plan nye nk tgk sunset. Last2 smpai2 dah abes sunset da.. Slh sndiri sbb da blk hotel td sdp plak membuta. Katil yg slh sbnrnye sbb empuk sgt. Tp x pe sempat jugak tgk suasana beach Hua Hin ni. Siang sure cantekk..

6.30 ptg, Dinner kat restoran HUA HIN BEACH BEST FOOD. Area beach jugak. Tomyam sini lg mengancam. Membr2 lain mkn pad thai. Pastu ada Indian food jugak tau. So ada variety la.
Dinner 2nd day : 170 baht/pax (RM21)

8 mlm, Pegi lg Chatsila Night Market
Sbb dah mlm terakhir ni nak abeskan thai baht yg ada la.. Hehe.. T-shirt material elok baru 100 baht. Murah jugak.

10.30 mlm, Balik hotel.

Hari ketiga

7.45 pagi, Check out hotel.

8.15 pagi, Sarapan kat area railway station. Ada sorg akak manis ni jual pulut ayam. Sedap. 25 baht je.Klu nak cari gerai dia, betul2 dpn Hua Hin Coffee Station.
Breakfast : 25 baht/pax (RM3)

9 pagi, Terus ke airport utk check in bag. Lps tu kuar blk g FN OUTLET 4km je dr airport. Sbb flight kol 11.30 pagi so byk masa lg. Lgpon airport dia x ramai org so x risau kene beratur lama pon. FN Outlet ni x la besar sgt. Ada jual perfume, Skechers, Radley, mcm2 lg la.. Membr sorg tu kemain sempat lg soping mcm2 pastu mula la pikir nak sumbat mane brg beso2 sbb bag dah check in.. So dptla abeskan masa sejam kat sini.

10.20 pagi, Terus ke airport n return car.
Time check passport, staf tu siap tanye ‘are u the last one?’ pusing blkg tgk mmg x de org dah..haha. Hepy dia dah boleh tutup kaunter aritu. Sbb mmg 1 flight je sehari. Tapi kastam dia mmg check bag sorg2. Siap tgk powerbank bape capacity. X ley lbey 32000mAh x silap. N make sure powerbank kene handcarry ok.

11.15 pagi, Ready to depart. Naik2 je trus beli megi. FA siap tanye ‘nape mkn x sdp ke kat Hua Hin?’ sy ckp ‘sarapan td x kenyang. Sarapan susah sikit cr kedai sedap’ . Then dia ckp ‘patut pegi area masjid. Sana byk mknn sdp2 siap ada roti canai katanya’. Aduhh nape la x teringat klu masjid mesti ada byk mknn halal. X pela nasib ada pulut ayam kakak manis tu.. So tips korg klu nak cr sarapan, pegi area masjid ye.

2.15 ptg (waktu tempatan msia) Home Sweet Home.

Total trip : RM600++

Sumber: Fb Siti Raudhah