Bagi pasangan yang baru berkahwin atau bakal berkahwin tidak lama lagi, anda pasti sedang tercari-cari destinasi bulan madu yang menarik dan berpatutan, bukan?

Seorang pengguna laman Facebook, Intanabila Bazli, berkongsi itinerari dan pengalamannya berbulan madu bersama suami di Bali, Indonesia.

Difahamkan, dia menghabiskan masa selama lima hari empat malam di sana dan hanya menghabiskan kira-kira RM1000 sahaja. Murahnya!

Hari 1

– sampai airport Ngurah Rai International Airport 2.30pm
– mas supir dah tunggu & terus bawa pegi lunch
– selepas lunch kami terus minta mas supir hantar hotel dekat Ubud
– dari airport ke Ubud lebih kurang 2 jam

Lunch :
Ayam Betutu Kuta – Bali

Dinner :
Warung Ijo – Ubud

Kos hari pertama takde sebabnya tak sempat ke mana-mana. Sampai di (Nang Ade House,Ubud) dah lewat petang.

Hari 2

• Sunrise Lempuyang Temple
– pukul3.30am mas supir dah jemput dekat hotel Ubud sebabnya 2jam perjalanan baru sampai naik kereta
– kalau boleh jangan pegi sendiri naik scooter sbbnya jalan gelap
– nanti sebelum sampai puncak, kena naik van (berbayar) sebabnya kereta tak dibenarkan naik sampai atas

Naik van IDR 20,000/ride, Rp40,000/return
= IDR 80,000/2 pax ~ RM21

Entrance fee takde tapi kena sewa sarong IDR 20,000/2 pax & sedekah ikhlas IDR 10,000
= IDR 30,000 ~ RM8

Total di Lempuyang Temple = IDR 110,000 ~ RM30

• Tirta Gangga
Entrance fee = IDR 60,000/2pax
Makanan ikan = IDR 5,000/3 pack kecil

Total di Tirta Gangga = IDR 65,000 ~ RM18

• Ujung Water Palace
Entrance fee = IDR 100,000/2 pax ~ RM28

• Wanagiri Hidden Hill
Entrance fee = IDR 100,000/2 pax ~ RM28

• Ulun Danu Beratan
Entrance fee = IDR 40,000/2 pax ~ RM11
– pukul 5.30pm sampai hotel, kami terus sewa scooter sbb nak pusing2 area Ubud & makan malam. Sebabnya esok dah move ke Canggu

Sewa scooter (UBUD)
= IDR 65,000 ~ RM18

Minyak = IDR 10,000 ~ RM3

Lunch :
Billy’s Lake View (buffet)

Dinner :
Puteri Minang Padang Food – Ubud

Kos hari kedua = IDR 490,000 ~ RM135

Hari 3

– kami packing siap2 semua barang untuk move hotel di Canggu selepas cover area Ubud.

• Uma Pakel Bali (Luwak Coffee)
– Takde entrance fee & nak rasa coffee dan teh pun FREE je
– Tapi kami order Premium Luwak Coffee, saja nak merasa (IDR 65,000 ~ RM18)

• Tegalalang Rice Terrace
Entrance fee = IDR 20,000/2 pax ~ RM6
– mas supir ada pesan nanti dekat setiap laluan akan ada orang tunggu, nanti sedekah je antara IDR 5000 (~ RM2) – IDR 10,000 (~ RM3)

– time kami pegi panaih lit lit jadi tak turun sampai ke bawah, jadi tak sempat jalan laluan yg ada orang tunggu tu

• Kintamani Mountain View
Entrance fee = IDR 30,000/2 pax (harga local) ~ RM9
– kalau foreigner IDR 35,000/pax
– kami dapat harga local sbbnya mas supir tolong cover
– kami lunch kat sini, makan sambil tengok view yg super lawaaa

• Tirta Empul TampakSiring
Entrance fee = IDR 30,000/2 pax ~ RM9

• Ubud Art Market
– sini takde entrance fee, tempat shopping heheh

Lunch :
Batur Sari Restaurant (buffet)

Dinner :
Bebek Joni

Total hari ketiga = IDR 145,000 ~ RM40

– selepas dah jalan-jalan semua tempat kat atas ni, kami terus minta mas supir hantar ke hotel di (Omah Biu,Canggu) dari Ubud.
– sebab malam baru nak check in hotel di Canggu, kami memang saja booking hotel biasa-biasa je sbb stay situ tak sampai 12jam pun.

Hari 4

– Kami dah tak ambil servis supir, suami nak merasa bawak scooter di area Canggu.
– Naik GrabCar dari Omah Biu ke Zoe Villa Canggu IDR 14,000 (~ RM4)
– kami sewa scooter dekat villa tu je.

Sewa scooter @ Zoe Villa Canggu
= IDR 70,000 ~ RM20 (24jam)

Minyak = IDR 20,000 ~ RM6

• Krisna Oleh-Oleh Khas Bali

• Canggu Beach
– bayar parking scooter IDR 2,000 ~ RM0.60

• Bali’s Banana

Lunch :
Ayam Bakar Wong Solo

Dinner :
Ayam Penyet Surabaya

Total hari keempat = IDR 106,000 ~ RM30

Hari 5

Lunch :
Warung Bintang – Canggu

– Naik GrabCar dari Zoe Villa Canggu ke Ngurah Rai International Airport IDR 78,000 + IDR 4,000 (tol) = IDR 82,000 ~ RM23

Total hari kelima = IDR 82,000 ~ RM23

Bajet & Tips penting

– Semua kos termasuk penginapan + supir + entrance fee = RM1038 (tak termasuk makan minum & shopping).
– 13 Oktober – 17 Oktober 2018
Rate : IDR 1juta = RM276.50
Tiket return = RM425/pax
– Penginapan:
Nang Ade House, Ubud : RM133/2 night
Omah Biu, Canggu : RM57/1 night
Zoe Villa Canggu : RM300/1 night
Kos penginapan (4 malam) = RM490
– Kos supir (3 hari) = IDR 1,150,000 ~ RM320
– GrabCar/uber/Gojek sgt LIMITED area Ubud. Kalau area Canggu takde masalah.
– Lubuk ‘rattanbag’ di Ubud Art Market ye, kat sini kena pandai nego. Harga sangatlaa murah.
– Cari supir yg orang lain dh bagi review bagus.
Nombor supir (WA): +62 878 61851909 (Mas Arik)

Sumber: Fb Intanabila Bazli