Disiplin harus dijaga jika kita mahu menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Jika silap langkah, kita akan cepat menyerah kalah seterusnya berat juga tidak akan berkurangan.

Seorang pengguna Facebook, Arif Sukri, berkongsi tips diet berkesan mengikut kemampuan anda sendiri tanpa memaksa badan melakukan perkara-perkara yang terlalu sukar diikuti untuk permulaan diet:

Tips Asas Obesiti Untuk Fit

1. Berjalan kaki 30 minit sehari

Tanpa melakukan aktiviti fizikal yang membebankan lutut. Kau faham saja. Badan dah besar gedabak gitu takkan nak paksa joging. Bahaya!

2. Masih makan nasi

Namun, perlahan-lahan kurangkan kuantitinya. Dari dua tiga pinggan kepada sepinggan. Hinggalah ikut sukatan sepatutnya.

3. Jangan ikut menu orang

Ini penting. Kau sendiri yang tahu apa yang kau suka dan tak suka. Makan saja dulu awal-awal ni, yang penting beringat.

4. Sentiasa maafkan diri sendiri

Sesekali terbabas waktu pagi, jangan muram dan kecewa sampai petang. Hari masih panjang. Tewas pagi, tengah hari masih ada lagi. On track semula!

5. Alat penimbang letak jauh-jauh

Awal-awal ini kau fokus nak boleh kawal makan dulu pun dah okey. Berat tu letak tepi dulu. Sudah disiplin baru fokus berat.

6. Ini kesilapan yang selalu orang buat

Yang silap dalam diet adalah bila kau potong semua benda yang pernah kau suka makan sebelum ini. Jangan buat begitu. Mulakan secara berperingkat.

7. Jangan ikut orang lain

Ada orang tu diet hari ini, esok tak buat. Lusa buat, tulat tak buat. Benda begini jadi sebab kita terlalu rasa sulit dalam diet. Biasanya sebab kau selalu ikut menu orang itu dan orang ini.

8. Sasar target terlebih dahulu

Tak perlu buat begitu pun. Setkan dulu minggu ini apa target yang kau nak capai? Lepas itu buat dan buat. Selagi tak berjaya jangan berhenti.

9. Selang-selikan juga dengan bersenam

Boleh cuba main besi, dumbell atau apa saja. Yang pasti ada pantauan jurulatih.

10. Pilih satu hari untuk ‘cheatday’

Terakhir pada hujung minggu buatlah satu hari namanya cheatday. Ini terpulang nak buat atau tak. Cuma saya pilih untuk buat sebagai reward hasil on track sebelum ini.

Sumber: Fb Arif Sukri