Pemain bola sepak popular berasal dari Mesir, Mohamed Salah, dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk bersara daripada bermain bola sepak antarabangsa.

Ini disebabkan oleh dia berasa marah apabila mengetahui dirinya dipergunakan dalam politik Chechen.

Untuk pengetahuan anda, Salah diberi kerakyatan Republik Chechen dan baru-baru ini gambar dirinya bersama ‘warlord’ dari negeri selatan Rusia, Ramzam Kadyrov, dirakam.

Menurut sumber lain, Salah merasakan Mesir Fa membiarkan dia digunakan sebagai alat politik hingga menyebabkan dia rasa “terdedah”.

Kadyrov mengambil gambar bersama pemain bola antarabangsa itu semasa di Kem latihan Piala Dunia Mesir yang berpengkalan di Chechnya.

Difahamkan, Kadyrov merupakan seorang ahli politik yang dikaitkan dengan dakwaan-dakwaan mencabul hak asasi manusia seperti diskriminasi terhadap wanita dan menganiayai golongan minoriti orientasi jantina, lapor The Sun.

Sumber: mStar