Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini telah terjadinya amukan gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda pada 22 Disember lalu. Dari kejadian itu, ia ternyata memberikan perubahan kepada bentuk gunung itu dan kawasan muka bumi di persekitarannya.

Beberapa imej satelit optik berjaya merakamkan gambar gunung berapi itu menerusi platform Dove dan SkySat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat. Dilaporkan juga, bentuk asal gunung berapi dilaporkan semakin menghilang selepas peningkatan aktiviti gunung berapi pada bulan lalu.

Keadaan asal Anak Krakatau yang mempunyai ketinggian 340 meter kini telah berpecah membentuk sebuah teluk kecil. Agensi bencana Indonesia memaklumkan dua pertiga ketinggian Anak Krakatau (150-170 juta kubik meter) telah hilang yang mana sebahagian besarnya dipercayai menggelongsor ke dalam laut.

Tsunami yang terjadi akibat letusan gunung berapi tersebut di Selat Sunda pada 22 Disember lalu mengorbankan 431 orang, sementara lebih 7,200 orang cedera, 15 masih dilaporkan hilang manakala 46,646 orang terpaksa dipindahkan.

Selain itu, lebih 1,778 kediaman rosak, serta 434 perahu dan kapal turut mengalami kerosakan.

Sumber: Awani