Kerajaan negeri Selangor mensasarkan sebanyak 65 peratus daripada 1.2 juta penduduk Selangor bakal menerima manfaat Skim Air Darul Ehsan bermula 1 Mac 2020.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menjelaskan bahawa angka tersebut mampu dicapai sekiranya pemohon yang memenuhi syarat membuat pendaftaran permohonan di bawah skim 20 meter padu air percuma itu.

“Skim ini sama seperti program sebelum ini, cuma namanya yang ditukar dan menumpukan golongan sasar B40 dan yang berpendapatan bawah RM4,000,” ujarnya.

“Program pemberian 20 meter padu air percuma dibiayai secara perkongsian dengan Air Selangor. Konsep ini membolehkan peruntukan negeri untuk pembangunan lain,” jelasnya.

Semoga skim ini dapat meringankan beban mereka yang mempunyai pendapatan bawah RM4,000 dan yang memerlukan.

Sumber: Sinar Harian