Kini, bekas suami yang gagal membayar nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri bakal berdepan tindakan sekatan bank.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) telah mengadakan perbincangan untuk melaksanakan tindakan berkenaan dalam usaha memperkasakan penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar perintah mahkamah.

Menurutnya, ramai kalangan wanita yang tidak diberi keadilan dari sudut nafkah yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, perkara berkenaan telah dibincangkan diperingkat JKSN dan juga di peringkat kementerian manakala penguatkuasaan itu akan dipertingkatkan termasuk melibatkan isu sekatan bank.

“Namun, kita perlukan sedikit autoriti untuk bertindak ke atas suami-suami yang liat membayar nafkah kepada isteri,” katanya.

“Oleh itu, saya harap penguatkuasaan juga mesti ditumpukan kepada soal keluarga yang mana wanita-wanita yang diceraikan banyak sekali tidak mendapat hak mereka bila bekas suami ini berasa mereka tidak dikuatkuasakan tanggungjawab mereka untuk memberi nafkah,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian