Bekas pesakit virus Covid19 di negara ini dijemput untuk membantu penyelidikan perubatan yang bertajuk: Kajian Membujur tindak balas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit Covid19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menyatakan kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan(IMR) di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kajian ini penting bagi mengetahui paras antibodi neutralisasi (imuniti) dalam darah yang boleh menghalang kuman Covid19 daripada menjangkiti pesakit yang pernah dijangkiti sebelum ini,” ujarnya.

“Penyelidikan ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM (NMRR-20-1676-55108),” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Dr Rafiza Shaharudin (rafiza.s@moh.gov.my) atau telefon: 03-33627753 dan Dr Masita Arip (masita.a@moh.gov.my ) atau telefon: 03-33627735.

Sumber: Astro Awani, Bernama