Bekas personaliti terkenal tanah air, Mahadzir Lokman dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah, pada awal pagi tadi.

rojakdaily.com

Menurut adik allahyarham, Ida Lokman, memberitahu bahawa seluruh keluarganya terkejut dengan pemergian abangnya itu. Untuk pengetahuan anda, allahyarham pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kompilasi buah pinggang dan paru-paru, lapor The Vocket.

Difahamkan, Ida kini sedang dalam perjalanan ke Sabah untuk menguruskan dan membawa pulang jenazah allahyarham ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan.

Sumber: Utusan