Berikutan pendedahan terbaru Erin mengenai perceraian dirinya dengan Da’i Farhan baru-baru ini, bekas isteri pertama Farhan iaitu Fatin Nurul Ain, mengambil pendekatan dengan berdiam diri serta tidak mengulas mengenai spekulasi yang diperkatakan oleh Erin.

Menerusi pendedahan Erin, Fatin dikatakan telah bertindak agresif dan berkomplot untuk memutuskan perkahwinan mereka.

Malah, dia tidak menyangka pada mulanya perkahwinan yang dibina bersama Farhan tidak direstui madunya. 

Untuk pengetahuan anda, Farhan dan Erin telah bernikah semasa menunaikan ibadah umrah di Mekah pada Oktober tahun lalu.

Tidak lama selepas itu, Farhan menceraikan isteri pertamanya, Fatin, yang sedang sarat hamil menerusi aplikasi WhatsApp pada Disember tahun lalu.

“Mengambil Ibrah dari bulan yang mulia ini, saya mohon doa. Allah ampunkan dosa-dosa saya,” tulis Fatin di akaun Instagram miliknya.

“Allah kekalkan hati saya untuk sentiasa memaafkan mereka yang masih tidak mahu bertaubat dari menfitnah saya, walid kepada anak-anak dan keluarga serta Allah kurniakan hidayah buat mereka,” pintanya.

“Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa. #diamitulebihbaik,” sambungnya lagi.

Sumber: IG Fatin Nurul Ain & Gempak