Sejak pagi kelmarin, bekalan air kira-kira lebih 1.5 juta penduduk terjejas berikutan penutupan Loji Rawatan Air(LRA) Sungai Semenyih akibat pencemaran bau.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian, menjelaskan bahawa pihaknya menjangkakan masalah air akan pulih dalam dua hingga tiga hari lagi sekiranya indikator baru berada pada paras sifar, semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati bahan yang dibuang adalah sisa kimia berjadual iaitu minyak berwarna hitam dan bahan industri berbau di Bandar Bukit Mahkota.

“Operasi pembersihan sisa kimia sehingga paras bau mencapai bacaan sifar ton sedang giat dijalankan sejak semalam sebelum air dapat dilepaskan semula ke Sungai Semenyih untuk diproses di LRA,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

“Pemantauan dan persampelan yang dijalankan Lembaga Urus Air Selangor(LUAS) di Sungai Beranang dan sehingga pukul 9.30 pagi tadi, paras bau sudah mencapai sifar ton dan diharap berterusan bagi membolehkan air disalurkan semula ke sungai untuk diproses,” jelasnya.

Difahamkan, Kumbahan Indah Water Konsortium(IWK) dan Air Selangor Sdn Bhd(Air Selangor) memantau paras bau agar air yang disalurkan kepada pengguna mengikut piawaian yang ditetapkan.

Gambar sekadar hiasan

“Kerajaan negeri sudah menghantar kertas kerja kepada Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar(MESTECC) agar memasukkan bau sebagai piawaian baru dalam penentuan bacaan kualiti air yang disalurkan kepada pengguna,” katanya.

“Setakat ini, sebanyak 366 kawasan membabitkan 336,930 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas akibat masalah ini,” tambahnya.

Terdahulu, pencemaran bau dikatakan pelarut dikesan pada pukul 7.50 pagi kelmarin sebelum pelepasan air dihentikan bagi membolehkan rawatan menggunakan Catalyst Hydrogen Peroxide(CHP) dijalankan.

Sumber: Harian Metro