Pengeluar produk minuman popular tempatan, BubbleBee, membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan semua rakan usahasama yang disiasat pihak berkuasa mengenai kegiatan yang menjejaskan reputasi syarikat berkenaan.

komplekspknsshahalam.my

Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd, Datuk Ismail Abdul Rahman, menyatakan penamatan kerjasama itu berkuatkuasa serta-merta membabitkan empat cawangan Bubblebee iaitu di Ampang, Sungai Buloh, Sentul dan Senawang.

Untuk pengetahuan anda, Bubblebee mempunyai 17 cawangan di seluruh negara dan 11 cawangan daripadanya adalah milik penuh Bubblebee manakala enam lagi dibuka secara usahasama.

“Baru-baru ini tular berita mengenai rakan usahasama kami yang disiasat pihak berkuasa. Perkara itu turut menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah kami dipanggil bagi membantu siasatan,” ujarnya.

instagram.com

Menurutnya, walaupun tidak pasti kedudukan sebenar rakan usahasama ini bersalah atau tidak kerana kes ini masih dalam siasatan, ia tetap memberi kesan kepada jenama Bubblebee.

“Yang jelas, siasatan ke atas rakan usahasama ini mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali,” jelasnya.

“Sehubungan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan semua rakan yang menguruskan empat cawangan Bubblebee itu,” katanya.

Difahamkan, empat cawangan tersebut ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

Sumber: Harian Metro