Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal, sedang mengandung anak ketiga yang kini sudah mencecah tujuh bulan mengalami masalah bayi kekurangan berat badan.

Menurut suami Wawa yang juga pelakon, Aeril Zafrel, doktor menjelaskan bahawa masalah itu timbul berikutan corak pemakanan Wawa yang tidak teratur serta jumlah kuantiti makanan yang diambil.

“Tidak dinafikan kali ini Wawa sedikit sibuk dengan kerja. Jadi makan itu agak kurang dan tak banyak. Jadi ia menyebabkan berat badan bayi pun sedikit terkesan berbanding kehamilan sebelum ini,” ujarnya.

“Doktor meminta Wawa makan makanan yang ada protein tinggi seperti tauhu,” katanya lagi.

Difahamkan, doktor menasihati isterinya itu supaya mengambil makanan berprotein tinggi.

Sebelum ini, Wawa pernah bertanya kepada para pengikutnya di laman Instagram mengenai makanan yang sesuai untuk menambah berat bayi di dalam kandungan.

Semoga Wawa dan bayi dikandungnya sihat seperti biasa. Tak sabar nak tengok Wawa dan Aeril Jr ketiga hujung tahun nanti! 🙂

Sumber: Gempak