Sebagai seorang anak, insan yang paling rapat dengan kita mestilah ibu kerana syurga berada di bawah telapak kaki ibu.

Bayangkan apabila seorang ibu kehilangan anak tersayang kerana sakit dan setiap hari yang dilalui penuh kerinduan terhadap anaknya. Sedihnya!

Seorang pengguna Twitter, @azim_kzaman, berkongsi kisah baru kehilangan seorang kenalan di laman Facebook dan mak allahyarham menggunakan akaun Facebook anaknya sebagai tempat untuk melepaskan rindu. Sobs.


Menurut Azim, dia menangis tiap kali melihat ibu allahyarham memuatnaik status bersama gambar mereka berdua di akaun Facebook milik allahyarham.

“Hanya tinggal kenangan. Mak sayang Zahid sampai ke hujung nyawa mak, ye nak. Al Fatihah” tulis ibu allahyarham Zahid.

Malah, ibunya dilihat memuatnaik gambar walaupun selepas hari kelima kehilangannya. Kami dapat merasakan kesedihan dialami ibu arwah Zahid apabila melihat setiap status yang dimuatnaik di laman sosial tersebut.

Bukan mudah untuk terima hakikat anak tersayang sudah pergi selamanya dijemput Ilahi walaupun kita harus redha dengan ketentuanNya.

Difahamkan, allahyarham meninggal dunia disebabkan oleh penyakit tuberculosis atau dikenali sebagai penyakit tibi.

Selain itu, ramai pengguna laman sosial mengucapkan takziah dan bersedih melihat ibu allahyarham merindui anaknya.

Malah, pelajar-pelajar allahyarham turut bersedih kerana arwah seorang guru yang bagus dan begitu lembut apabila mengajar mereka.

Sumber: Twitter @azim_kzaman