Pelakon comel, Elfira Loy, pertama kali mendedahkan wajah putera sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf, di laman sosial Instagram, semalam.

Untuk pengetahuan anda, semalam Elfira baru saja menghabiskan pantangnya yang ke-40 hari.

“Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari terakhir ibu saya berpantang. Yahoo saya dah boleh keluar. @muhamadrayyankhalafofficial,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.

Perkongsian gambar tersebut mendapat perhatian warga laman sosial dan memuji wajah anak sulungnya kacak.

Terdahulu, Elfira dan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar, mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini iaitu 1 Januari 2019 serta dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 1 Oktober lepas.

Sumber: Gempak