Seorang wanita Muslim berasa terhina semasa membeli minuman di sebuah kafe francais popular di Amerika Syarikat(AS), awal bulan ini.

sahanjournal.com

Menurutnya, dia memberitahu namanya adalah Aishah namun barista berkenaan menukar namanya sebagai “Isis”.

Berikutan itu, Aishah tidak berpuas hati dengan tindakan barista tersebut dan membuat aduan serta tuntutan kepada Jabatan Hak Asasi Manusia.

Malah, dia turut membuat laporan kepada Dewan Hubungan Amerika-Islam(CAIR) kerana berasakan dia ditindas disebabkan agamanya.

“Ketika saya melihat perkataan itu ditulis pada bekas minuman, saya menjadi amat beremosi kerana merasakan dihina dan diperlekehkan,” lapor CNN.

Aishah memakai pelitup muka berikutan jangkitan Covid19 masih menular di negara itu semasa kejadian.

Difahamkan, dia berulang kali menyebut namanya kepada barista itu dan agak mustahil jika barista itu mendengar perkataan Isis.

Kemudian, dia turut bertemu dengan pengurusan restoran kerana tidak berpuas hati dengan tindakan biadab barista tersebut.

Dia diberikan minuman gantian selain baucar tunai selain jurucakap kafe popular itu menyatakan permohonan maaf atas tindakan pekerja mereka.

Untuk pengetahuan anda, Isis adalah nama lain untuk kumpulan militan yang mahu menegakkan negara Islam.

Sumber: Harian Metro