Mungkin tidak semua menghadapi masalah di mana bekas suami tidak memberi nafkah selepas bercerai. Tetapi ramai diantara wanita yang sudah bercerai mengalami masalah sedemikian. Rata-rata suami bersikap lepas tangan dan liat untuk membayar nafkah.

Memetik laporan MalaysiaKini, Pindaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 2017 akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu yang bercerai terutama dari segi nafkah untuk anak-anak mereka.

Dibawah undang-undang baru itu, suami yang bercerai dengan isterinya akan diwajibkan untuk membayar nafkah anak-anak mereka sehingga ke peringkat universiti.

Gambar: konvouum22

Seksyen 95 akta tersebut menyebut bahawa:

a) Dengan memasukkan selepas perkataan “hilang upaya dari segi jasmani atau otak” perkataan “atau sedang mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi”; dan

b) Dengan memasukkan selepas perkataan “tidak lagi berada dalam keadaan hilang upaya itu” perkataan “atau selesai pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi itu”.

Peguam hak asasi manusia, Honey Tan memberitahu masalah besar bagi kebayakan ibu yang mendapat hak penjagaan anak mereka ialah bapa mereka enggan membayar nafkah selepas anak-anak mereka berumur 18 tahun.

Ujarnya lagi adalah penting untuk menekankan bahawa kes-kes sedia ada meliputi Seksyen 95 yang baru dan pindaan tersebut merupakan hadiah ‘Tahun Baru’ buat golongan ibu.

Sumber: Vitdaily