Penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew, bersyukur apabila seorang bapa membuat keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah kurang sehari selepas anak perempuannya memeluk Islam dalam majlis agama dianjurkan Ebit Lew di Sabah.

Difahamkan, peristiwa bersejarah bagi kedua-dua individu tersebut berlaku di Lahad Datu, Sabah.

View this post on Instagram

Terkejut tengah ceramah. Ayah Mei pula ucap syahadah esok harinya selepas anaknya malam tadi. Allahukabar. Saya tengok Mei yang saya Islam kan malam tadi hadir bersama keluarga dan semua urusetia dan imam masjid. Saya minta nak jumpa Mei sebelum balik kl. Sekali keluarganya cakap terima kaseh kerana bimbing anaknya dan cakap dia hormat pilihan anaknya memeluk Islam. Walau dia agama lain . Berbual kasih sayang dan terangkan Islam ini. Ayahnya ingin memeluk Islam. Menangis adik ni. Doakan ibunya sangat baik. Banyak berkongsi pada kami masa tu betapa dia sayangkan anaknya dan sempitnya hidup dulu-dulu. Maknya kata dia InsyaAllah akan belajar Islam ini. Begitu juga beberapa anak yang lain dan saudaranya juga ada yang bertanya Islam ini. Ya Allah sebak rasa. . Mei dah mula belajar solat dan tak sabar nak belajar banyak lagi. Sedih sebak rasa. Ya Allah terima kaseh. Terima kaseh imam dan ajk masjid. Terima kaseh kawan ayah Mei. Keluarganya dan guru-guru yang membantu-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Menurut akaun rasmi Instagram Ebit Lew, lelaki tersebut merupakan seorang bapa kepada gadis berbangsa Tionghua yang dikenali sebagai Mei.

“Terkejut tengah ceramah. Ayah Mei pula ucap syahadah esok harinya selepas anaknya malam tadi. Allahukabar,” ujarnya.

“Saya tengok Mei yang saya Islam kan malam tadi hadir bersama keluarga dan semua urusetia dan imam masjid,” jelasnya.

“Saya minta nak jumpa Mei sebelum balik KL. Sekali keluarganya cakap terima kaseh kerana bimbing anaknya dan cakap dia hormat pilihan anaknya memeluk Islam. Walau dia agama lain,” katanya.

“Berbual kasih sayang dan terangkan Islam ini. Ayahnya ingin memeluk Islam. Menangis adik ni. Doakan ibunya sangat baik,” tambahnya.

“Banyak berkongsi pada kami masa tu betapa dia sayangkan anaknya dan sempitnya hidup dulu-dulu. Maknya kata dia InsyaAllah akan belajar Islam ini. Begitu juga beberapa anak yang lain dan saudaranya juga ada yang bertanya Islam ini. Ya Allah sebak rasa,” sambungnya.

Semoga kedua beranak itu istiqomah dan berjaya mendalami Islam dengan sebaik mungkin. In Shaa Allah 🙂

Sumber: Astro Awani & IG Ustaz Ebit Lew